We are looking for Commonwealth citizens to share their views ahead of the 2024 Heads of Government Meeting. Sign up to take part

Hadiah Cerpen Komanwel

Posted on 30/08/2018
By Commonwealth Foundation

Hadiah Cerpen Komanwel diberikan kepada cerpen berbentuk fiksyen (2,000-5,000 patah perkataan) yang terbaik dalam Bahasa Inggeris yang belum pernah diterbitkan. Cerpen yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris juga layak untuk disertakan dalam sayembara ini. Setiap tahun, kami memilih 5 penulis dari lima wilayah Komanwel yang berbeza sebagai pemenang. Pemenang wilayah akan menerima £2,500 dan pemenang keseluruhan akan menerima £5,000. Sekiranya cerpen yang menang merupakan terjemahan dalam Bahasa Inggeris, penterjemah akan juga menerima hadiah wang tunai yang sama. Penyertaan adalah percuma.

Kami menjemput penulis yang menulis dalam (Bengali/ Portugis/ Swahili), dan tidak mempunyai terjemahan cerpen tersebut dalam Bahasa Inggeris untuk menyertakan cerpen mereka dalam Bahasa Bengali yang asal. Sebagai sebahagian daripada proses pengadilan, cerpen yang dikirimkan akan dibaca terlebih dahulu oleh pembaca Bengali yang berpengalaman. Cerpen yang terpilih di peringkat ini akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris untuk dibaca oleh panel pengadil antarabangsa.

Sila kirimkan cerpen anda dengan melengkapkan borang penyertaan dalam talian melalui pautan di bawah.

[button link=”/submit-an-entry”]Kirimkan[/button]

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi writers@commonwealth.int